hazimah


Untuk tugasan kali ini, jurnal berkaitan kritikan dalam teknologi web. Menggambil beberapa contoh daripada web sedia ada untuk tujuan pembelajaran.

#mengkritik tidak semestinya blog saya adalah yang TERBAIK


JURNAL:    POPULAR BOOK STORE


1              Bagi saya halaman yang digunakan pada muka hadapan adalah sangat menarik. Bentuk buku
                yang mana setiap nota yang seakan-akan ditampal dibahagian tepi, berbentuk interaktif kerana
                penguna hanya perlu ‘klik’ pada nota tersebut segala maklumat berkenaan barangan yang dijual
                akan keluar.       
                              
2              Sebagai contoh, apabila saya ‘klik’ pada nota English Book, maklumat yang terdapat pada nota yang telah saya klik akan keluar.

3              Dalam bahagian multimedia, terdapat audio( bunyi/suara) yang diletakkan didalam. Mungkin sebagai symbol kepada multimedia itu sendiri. Namun, pada saya masih terdapat kekurangan. tidak semua pelanggan/pengunjung yang mengunjungi laman ini akan menerima audio tersebut, oleh itu perlu ada butang yang boleh mematikan bunyi tersebut bagi memudahkan pengguna pengguna.


4              Garisan merah pada tulisan mengganggu pembacaan.





5              Ruang dalam sesuatu tema perlu dititik beratkan untuk memudahkan pembaca lebih selesa      membaca.
 Bagi saya, ruang navigasi dalam POPULAR Book Store adalah rapat dan hanya menggunakan titik  ( . ) untuk memisahkan antara perkataan yang lain.

sumber laman : http://www.popular.com.my/Home.aspx


Jurnal 2

                     

·      Bahagian muka hadapan laman ini menggunakan design yang ringkas
·      menggunakan gambar telefon jenama sendiri/NOKIA untuk mempermudahkan pengguna mengenali serba sedikit design/ciptaan model terbaru yang dikeluarkan syarikat
·      penggunaan 2 jenis tulisan yang berbeza dari segi saiz dan huruf(besar/kecil)
·      pada saya, laman utama ini tidak terlalu complicated kerana jenis tulisan yang digunakan hanya 2, keadaan ini memudahkan pembaca untuk membaca serta tidak menimbulkan sebarang kekeliruan

                                               

·      Laman sesawang diatas merupakan laman sesawang NOKIA
·      Sekiranya dilihat dengan teliti, butang navigasi ‘search’ sukar dilihat kerana warna yang digunakan agak tenggelam sehingga terkadang pengguna terlepas pandang
·      Pada saya tulisan tersebut perlu ditebalkan dan diwarnakan dengan warna putih untuk memudahkan pembacaan kerana latar belakang tulisan tersebut sudah diwarnakan dengan biru yang agak gelap


                

·      NOKIA merupakan syarikat penjualan telefon bimbit jenama keluaran syarikat ‘NOKIA’
·      Oleh itu, wajarlah sekiranya pada muka hadapan laman sesawang ini dibahagian bawahnya dipamerkan model-model telefon bimbit untuk dipertontonkan kepada umum
·      Setiap model telefon yang dipamerkan mempunyai jarak/gap yang memisahkan antara satu model dengan model-model telefon yang lain
·      Jarak ini penting kerana ianya merupakan factor yang amat dititik beratkan untuk memastikan pembaca/pelanggan kekal lama/bertahan untuk melihat model yang dikeluarkan

                                      

·      Dalam setiap tulisan yang berwarna biru, pengguna boleh klik untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan model
·      Tulisan tersebut merupakan butang navigasi untuk pengguna mengetahui lanjut berkenaan model telefon

                    

                    

                      
·      Setelah menekan butang navigasi tersebut, maklumat yang dikeluarkan adalah dalam bentuk video (youtube) yang telah di link kan
·      Dalam video ini, segala yang berkaitan dengan fungsi telefon akan ditunjukkan

jurnal 3
 g’softpen.com

HALAMAN

1              pemilihan halaman yang ringkas, menarik dan kemas. Terdapat butang navigasi ‘home’, memudahkan pengguna untuk kembali ke halaman pertama.

                              

WARNA

2              kombinasi warna yang berton, terang dan gelap menjadikan halaman ini tampak lebih menarik dan seakan-akan bertenaga. Warna yang digunakan tidak silau dan mempunyai padanan warna yang sepadan.

3              gambar bergerak boleh dihentikan     

                              

                Butang navigasi seperti anak panah ke kiri dan ke kanan boleh menghentikan gambar pada halaman yang diingini bagi memudahkan pengguna/pelanggan melihat dengan lebih teliti berkenaan produk yang di jual.

4                             

Butang ‘back to list’ membawa pengguna untuk kembali ke halaman sebelumnya. Selain daripada butang-butang navigasi yang terdapat pada bahagian atas, butang-butang ini berfungsi untuk membawa pengguna keluar ke halaman yang berpaut/berkaitan dengan halaman produk.

                  

5              setiap barangan yang dijual seperti dalam senarai di atas, pengguna hanya perlu ‘klik’ pada senarai barangan. Segala maklumat berkaitan akan keluar.

                               

6              warna font dan latar belakang

                Warna font yang putih, sesuai dengan warna latar belakang kelabu. Tulisan tidak tenggelam. Jenis tulisan juga tidak menyakitkan mata/ mudah dibaca.

jurnal 4


                             

·      Halaman diatas merupakan laman facebook (fb) yang sebelum pengguna membuka facebook mereka, kata laluan perlu di isi bagi mengelakkan pencerobohan
·      Pada saya, langkah ini merupakan langkah keselamatan yang dibuat untuk menjaga hak pengguna
·      Langkah pertama ini, pengguna perlu memasukkan email dan kata laluan

                                   

·      Ini merupakan muka hadapan setelah facebook berjaya dibuka
·      Sekiranya pengguna mahu menghantar kiriman/update status. Berikut merupakan kotak yang disediakan

                                           

·      Kiriman ini akan keluar dibahagian wall semua rakan

                                     

·      Terdapat banyak butang navigasi yang berada di home

                                                   


                                 


·      Setiap nama merupakan butang navigasi, boleh klik pada nama seterusnya facebook mereka akan dibuka

                                  

·      Berikut merupakan perbezaan diantara bualan aktif (kanan) dan tidak aktif (kiri)
·      Pada setiap kali facebook kita dibuka, kawan yang telah kita terima menjadi rakan di facebook akan mengetahui sama ada kita sedang berfacebook melalui bahagian bualan aktif, seperti mana kita melihat mereka melaui butang hijau
·      Namun sekiranya kita mahu menutup/tidak mahun mereka mengetahui kita sedang berfacebook, terdapat pilihan navigasi yang berada dibawah untuk memilih tutup bualan
·      Seterusnya, mereka akan bersangka kita tidak membuka facebook
·      Dari segi warna biru yang digunakan untuk latar belakang facebook, tidak mengganggu pemandangan dan pengguna tidak berasa keliru kerana tiada warna biru yang digunakan sama besar, dan sama banyak selain latar belakang facebook (butang home serta butang lain)
·      Dari segi ruang, setiap apa yang ada didalam facebook, mempunyai jarak/gap pemisah diantara satu bahagian dengan bahagian yang lain/column

                                

·      Facebook merupakan sebuah laman yang mesra pengguna
·      Hal ini bermaksud butang navigasi, susunan, komposisi, warna, jenis tulisan adalah sesuai

jurnal 5



                                   

·      Halaman diatas adalah potongan dari youtube yang diambil sebagai bahan untuk dijadikan satu medium untuk kritikan web
·      Sebagai contoh diatas, video akan keluar sebaik sahaja pengguna menaip apa-apa sahaja yang ingin ditonton

                                 

·      Sebagai contoh, sebaik sahaja nama lagu di taip.lagu akan keluar
·      Di bahagian carian tertera nama lagu yang ditaip

                                            

·      Youtube mesra pengguna kerana pengguna boleh melaraskan sendiri volume, atau mematikan suara, memperbesar skrin, ulangi semula melalui butang navigasi memalui ikon symbol

                                       


                                         

·      Pengguna boleh klik paga symbol ibu jari sebagai tanda suka, sekiranya tidak klik pada ibu jari yang menghala kebawah
·      Tujuannya adalah untuk mengenalpasti sama ada ramai yang meminati atau tidak, dan juga menjadi sumber inspirasi kepada mana-mana yang baru untuk menjinak-jinakkan diri dalam berkongsi video/mengetahui selera pengguna

·                                                                                         
Selain daripada itu, pengguna boleh upload video ini untuk dikongsikan bersama rakan-rakan melalui facebook, twitter, blog atau mana-mana program

                                        

·      Pengguna juga boleh memberikan komen kepada video tersebut, komen ini boleh dilihat oleh semua pengguna yang lain sekiranya mereka membuka video ini

                          

·      Video yang berkaitan dengan video yang dibuka akan berada di bahagian kanan video tersebut kerana ianya berada pada satu nama yang sama
·      Pengguna boleh klik pada video/tajuk yang berada di sebelah kanan

                                    

·      Youtube juga mempunyai pilihan bahasa yang memudahkan pengguna untuk memilih bahasa mereka sekiranya bahasa antarabangsa/bahasa inggeris sukar difahami

jurnal 6
                                

·         blog diatas adalah blog syarikat kasut asadi dengan tulisan kecil

                                      

·         muka hadapan (bahagian home tertulis jenama asadi, mempunyai butang-butang navigasi yang berada dibahagian atas kotak bergambar
·         warna dan gambar yang menarik, ceria, sesuai dengan apa yang diinginkan pengeluar kepada pengguna untuk keselesaan pemakai
·         muka hadapan (bahagian home tertulis jenama asadi, mempunyai butang-butang navigasi yang berada dibahagian atas kotak bergambar

                                  

·         setiap 10 saat, gambar akan bertukar sebagai iklan yang memudahkan pelanggan/pengguna mengetahui lanjut keluaran produk
·         setiap slide mempuyai latar belakang warna yang berbeza sesuai untuk peringkat umur dan jenis

 kasut yang dikeluarkan

·         namun, kekerapan pertukaran slide menganggu pembacaan kerana pertukaran yang terlalu laju/pelanggan perlu membaca laju


                                   

·         selain daripada itu, masalah yang ada pada laman ini adalah pelanggan akan menghadapi masalah slide berwarna gelap setiap kali mereka klik pada saiz kasut yang ada

                                

·         sekiranya dilihat dengan teliti, tulisan adalah tidak jelas
·         seperti yang terdapat pada tulisan iklan pada jenis-jenis kasut

                                           

·         gambar diatas diambil kerana kesemua butang yang ada tidak berfungsi
·         keadaan ini menjadikan kadar interaktif blog ini adalah kurang

                        

·         butang home boleh didapati di setiap slide yang ada
·         keadaan ini memudahkan pengguna untuk kembali ke halaman utama



































































No comments:

Post a Comment